PETALING JAYA – Dakwaan yang mengatakan bulan Februari 2026 sebagai bulan yang istimewa serta berlaku hanya sekali dalam 823 tahun adalah tidak tepat.
Terdahulu, bulan ini dikatakan istimewa melalui banyak perkongsian daripada beberapa akaun di laman sosial yang mengatakan Februari tahun ini yang mempunyai empat minggu penuh, dengan setiap hari dari Ahad sehingga Isnin muncul tepat empat kali.
Malah, laman media sosial tersebut turut menyatakan fenomena sebegini hanya berulang sekali bagi tempoh 823 tahun.
Melalui semakan mendapati, fenomena sama pernah berlaku pada tahun 1970, 1998 serta pada 2015. – KOSMO! ONLINE














