fbpx
Polis dikerahkan ke Sekolah Phatong Prathan Keeriwat di Hatyai semalam. - Biro Siasatan Pusat

Amukan di sekolah Hatyai, remaja lepaskan tembakan rambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang remaja  lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah sekolah di selatan Thailand semalam telah ditahan, dengan tiga orang cedera dalam kejadian itu, lapor akhbar Global Times.

Polis Thai berjaya mengawal suspek yang menyerbu sekolah di daerah Hatyai, wilayah Songkhla, petang semalam, demikian menurut pejabat perhubungan awam wilayah tersebut.

Tiga individu cedera dalam serangan itu, termasuk pengetua sekolah dan seorang pelajar perempuan yang cedera parah. 

Seorang lagi pelajar perempuan mengalami kecederaan ringan, kata Gabenor wilayah Songkhla, Ratthasart Chidchoo. Ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun, juga cedera dan telah dimasukkan ke hospital. 

Pihak berkuasa berkata, keadaan mentalnya tidak stabil dan dia  telah menerima rawatan psikologi pada Disember 2025. 

Motif serangan mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap guru-guru di sekolah itu, demikian menurut maklumat awal.

Dalam kejadian tersebut, sejumlah pelajar dan guru terperangkap di sekolah ketika unit polis mengepung bangunan tersebut.

Polis kemudian mengesahkan bahawa suspek menyerah diri selepas pertempuran selama dua jam sebelum dia ditahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN