fbpx
Seorang tukang panggang khinzir ditemukan maut dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah bilik rumah kedai berdekatan jalan besar Bukit Pelandok, pagi kelmarin.

Tukang panggang babi maut dengan 29 kes tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang tukang panggang babi ditemukan maut di dalam sebuah bilik rumah kedai dengan kesan tikaman di leher dalam kejadian di Bukit Pelandok, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya menerima makluman awam mengenai kejadian pembunuhan membabitkan mangsa iaitu lelaki Myanmar kira-kira pukul 9.45 pagi.

Menurutnya, si mati berusia 26 tahun telah dijumpai dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian dengan kesan tikaman pada bahagian leher.
“Kejadian dipercayai berlaku pada 8 Februari lalu semasa si mati bersama suspek berusia lingkungan 21 tahun yang juga rakan senegara sedang minum minuman keras di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati oleh pihak forensik mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian leher si mati,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Maslan lagi, punca kejadian dipercayai dalam pengaruh alkohol dan motif kejadian masih dalam siasatan, manakala bedah siasat selama tujuh jam semalam mendapati, punca kematian disebabkan luka tikaman berganda di leher sebanyak 29 tikaman.

“Suspek telah ditangkap oleh pihak polis pada hari yang sama maklumat pembunuhan diterima kurang sejam di kawasan Bukit Pelandok. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 16 Februari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN