fbpx
Penunggang motosikal maut digilis lori muatan simen di KM4 Jalan Kuala Pilаh - Batu Kikir berhampiran Petronas Beting, malam tadi. Foto IHSAN POLIS

Mekanik maut digilis lori simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori muatan simen di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilаh – Batu Kikir berhampiran Petronas Beting, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu membabitkan motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa iaitu lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai mekanik.

Menurutnya, siasatan mendapati, penunggang motosikal dalam perjalanan ke rumahnya di Seremban dari arah Batu Kikir dan ketika kejadian, mangsa telah cuba memotong lori berkenaan, namun tidak berjaya kerana terdapat kenderaan dari arah bertentangan yang berselisih dengan motosikal tersebut.
“Pada masa sama, motosikal mangsa telah bergesel dengan lori dan penunggang berkenaan telah jatuh ke bawah lori tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI