fbpx
Bot nelayan Vietnam yang ditahan selepas menceroboh perairan Kelantan di Pasir Puteh baru-baru ini. GAMBAR HIASAN

Jeti haram Sungai Golok diroboh, penyeludup beralih ke perairan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sindiket penyeludupan beralih arah ke kawasan perairan Kelantan dan Sungai Kelantan sebagai laluan untuk terus menjalankan kegiatan jenayah rentas sempadan selepas pangkalan haram di Sungai Golok diroboh bermula hujung tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, sindiket penyeludupan mengeksploitasi ruang laut yang luas dan terbuka sebagai pintu masuk utama ke negeri ini.

Katanya, perubahan modus operandi itu menunjukkan sindiket semakin tersusun, terancang dan berani dengan kemasukan harian dikesan melalui jalan laut sebelum barangan dibawa ke Sungai Kelantan seterusnya ke darat
“Laluan laut terlalu luas dan terbuka. Tanpa sistem pemantauan teknologi seperti Remote Sensor Site (RSS), kita berdepan kesukaran mengesan kemasukan bot penyeludup lebih awal.

“Mereka boleh bergerak jauh, termasuk ke kawasan Besut, Terengganu dan lokasi lain tanpa dikesan. Oleh itu, kita perlukan kemudahan RSS seperti yang dicadangkan di Pulau Tengkorak, Tumpat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, rangkaian penyeludupan turut menjadikan penempatan penduduk kampung sebagai rumah transit untuk menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi melancarkan pergerakan mereka.

Katanya, polis telah menjalinkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin bagi mengukuhkan kawalan perairan negara.

“Bagi kawasan darat, pasukan khas digerakkan untuk pemantauan dan operasi berterusan.

“Usaha itu penting bagi mengekang daripada Kelantan terus menjadi hab transit jenayah rentas sempadan yang berpotensi mengancam keselamatan negeri dan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI