JAKARTA – Seorang usahawan muda di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial ramai apabila dirakam berjoget di sebuah kelab malam, lapor portal berita iNews.
Rakaman video dmuat naik di platform TikTok oleh akaun @poninsih.hertinah menunjukkan usahawan bernama Insanul Fahmi itu sedang berparti di kelab malam bersama beberapa gadis dan lelaki.
Insanul merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PT Karya Kuni Indonesia dan mengurus beberapa perniagaan termasuk kafe Kopikuni di Medan, syarikat perlombongan PT Kalimantan Prima Persada dan Susi Catering Medan.
Beliau berkahwin dengan seorang penyanyi, Inara Rusli selepas ditangkap basah oleh isterinya, Wardatina Mawa.
Peguam Insanul, Tommy Tri Yunanto tampil menjelaskan bahawa klip video itu merupakan video tiga tahun lalu yang baru tular di media sosial.
“Keterangan klip video itu juga salah. Insanul bukan sedang berparti tetapi menyambut ulang tahun rakannya.
“Bukan berparti, dia hanya berjoget seperti orang lain berjoget di sambutan hari jadi,” kata Tommy. – AGENSI














