fbpx
Arul ketika ditemui pemberita selepas meninjau projek penyelenggaraan paip di Rumah Pangsa Taman Sri Mawar, Senawang di Seremban, hari ini.

‘Jangan biarkan lepas itu tutup mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memantau seterusnya menghentikan rumah ibadat baharu yang dibina tanpa kelulusan di negeri ini sebagai langkah awal memastikan pembinaannya mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, tindakan itu dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi memastikan isu sama tidak berulang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

“Saya telah arahkan kepada PBT, mana-mana (rumah ibadat) baharu yang dibina (tanpa kelulusan) segera diambil tindakan, jangan biarkan lepas itu tutup mata.

“Jangan biarkan rumah ibadat itu beroperasi bertahun-tahun tanpa ada apa-apa tindakan. Itu kegagalan kita juga di peringkat penguatkuasaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau projek penyelenggaraan paip di Rumah Pangsa Taman Sri Mawar, Senawang di sini hari ini.

Arul Kumar berkata, beliau mengakui semestinya isu akan timbul apabila rumah ibadat yang telah lama dibina dikenakan tindakan penguatkuasaan atau dirobohkan yang boleh mencetuskan ketegangan.

Beliau yang pernah memegang jawatan Exco Hal Ehwal Bukan Islam pada tahun 2018 berkata, isu itu telah lama diberi perhatian dan berharap tiada pertambahan rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan atau didirikan di tempat tidak sepatutnya.

“Saya juga seorang Hindu dan turut tidak bersetuju apabila ada orang suka hati buat rumah ibadat di tepi jalan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN