fbpx
Mohd. Khalid

Kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai kanan ATM disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit berkaitan urusan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, beberapa individu telah dipanggil dan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan berhubung perkara ini masih masih diteruskan dan dilakukan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung kejayaan menumpaskan Op Bugil dan Op Shutter di sini, hari ini.

Pada 26 Januari lalu, media melaporkan, beberapa pegawai tentera sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata individu terbabit dipanggil susulan Kementerian Pertahanan (Mindef) membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat itu minggu lalu.

Katanya, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

Mohamed Khalid yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI