fbpx
Tangkap layar oleh wanita berkenaan yang dikongsikan di media sosial HSAJB, semalam.

‘Jahitan pakar HSAJB cantik, make up pun cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Siapa jahit luka (pembedahan) caesarean saya pada 3 Disember 2025 dekat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)? Saya nak cakap terima kasih sebab jahitan saya cantik tanpa keloid tertutup”.

Itu ucapan penghargaan =seorang wanita kepada warga HSAJB yang pernah merawatnya, sebelum ini.

Menerusi media sosial HSAJB, wanita yang menggunakan profil @Amirraasman itu turut memuji pakar terlibat sebagai seorang yang cantik.

“Jururawat klinik kesihatan dari lawatan ke rumah (hingga) ke klinik duk puji-puji jahitan kemas. Terima kasih, kita suka!

“(Saya) juga tak kenal siapa pakar dalam dewan bersalin. Dia ‘make up’ (bersolek) penuh siap ‘eyelash extension’ (sambungan bulu mata)! Saya nak cakap awak memang ‘slay’ (memukau), cantik solekan mata,” katanya, semalam.

Hantaran wanita itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata turut berkongsi pengalaman sama mengenai HSAJB.

“Saya pun tiga kali caesarean tanpa keloid bersalin di HSAJB. HSAJB sentiasa di hati,” komen seorang pengguna.

“Doktor pakar obstetrik dan ginekologi India dekat HSAJB memang kacak-kacak dan baik-baik semua. Cakap lembut ja, dah la mcm hero Tamil semua. Ingat lagi nama dia Dr. Karthik dan Dr. Dharma, terbaik,” puji @Qaseh Qirana.

“Kafe HSAJB semua menu sedap, tu saja nak cakap,” ujar @Divo Rezzy Iskandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN