fbpx
Anggota polis membawa Ahmad Nazmi untuk didakwa atas pertuduhan merompak dan mencederakan seorang wanita di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Buruh didakwa rompak barangan kemas, cederakan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak dua gelang, seutas rantai leher dan dua loket emas sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Gelong Gajah, Machang bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Nazmi Ahmad Ismail, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Hafizah Mat Ali, 58, di sebuah rumah di Kampung Gelong Gajah dekat Machang kira-kira pukul 7.15 pagi pada 20 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Mac depan untuk prosiding jatuh hukuman.

Mengikut fakta kes, mangsa masuk ke bilik utama rumah selepas memberi ayam ternakan makan sebelum kepalanya dipegang dan muka ditekup oleh tertuduh yang memakai topi serta menutup muka dengan kain.

Tertuduh menyuruh mangsa duduk sebelum memijak tangan wanita itu dan menarik dua gelang emas di tangan kiri termasuk seutas rantai leher emas dan dua loket emas pada leher mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI