fbpx
SAINGAN Terbuka Malaysia tahun depan akan berlangsung lebih lama selepas penstrukturan Jelajah Dunia yang dilakukan BWF. - SHIDDIEQIIN ZON

BAM anggap format baharu BWF mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Format baharu yang diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melibatkan kejohanan-kejohanan utama bermula tahun depan dianggap sebagai satu cabaran buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menyifatkan tempoh kejohanan yang lebih panjang selain peningkatan dari segi jumlah wang kemenangan memberikan cabaran cukup besar buat badan induk itu.

Kenny berkata, pihaknya akan lebih menumpukan kepada pembangunan sukan raket tersebut berbanding terlalu memikirkan mengenai cabaran-cabaran bakal dihadapi bagi menganjurkan kejohanan Terbuka Malaysia 2027 nanti.

“Pertama sekali kita gembira kerana dapat mengekalkan status (Terbuka Malaysia) sebagai kejohanan Jelajah Dunia Super 1000. Terima kasih kepada BWF kerana mengekalkan Terbuka Malaysia sebagai Super 1000.

“Bagaimanapun, ada juga cabarannya memandangkan format baharu BWF ini melibatkan kejohanan berlangsung selama 11 hari selain kenaikan dari segi jumlah wang kemenangan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Terdahulu, BWF mengumumkan penstrukturan semula kejohanan Jelajah Dunia dengan saingan Super 1000 akan berlangsung selama 11 hari selain menawarkan wang kemenangan berjumlah AS$2 juta (RM7.87 juta) berbanding AS$1.45 juta (RM5.71 juta) tahun ini.

Sementara itu, wang kemenangan bagi saingan Super 750 meningkat kepada AS$1.1 juta (RM4.33 juta) daripada AS$950,000 (RM3.74 juta) manakala untuk Super 500 menawarkan AS$560,000 (RM2.2 juta) berbanding AS$500,000 (RM1.97 juta).

Sementara itu, Kenny juga mengakui status Terbuka Malaysia yang dikekalkan sebagai Super 1000 merupakan satu kelebihan kerana memberi jaminan pemain-pemain terbaik dunia akan turun beraksi.

“Kalau kita mengekalkan status sebagai Jelajah Dunia Super 1000, maknanya semua pemain ranking di atas wajib datang bermain di sini. Jadi, ini merupakan perkara yang sangat baik untuk Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI