fbpx
Wanita tersebut ditemukan di rumah lelaki yang baru dikenalinya. - Instagram

Wanita disangka hilang rupanya ikut teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Misteri kehilangan seorang wanita di Jakarta Barat akhirnya terjawab apabila dia ditemukan menetap di rumah seorang lelaki di Jakarta Timur, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video yang tular di media sosial, sepasukan polis tiba di sebuah rumah sewa sebelum seorang lelaki membuka pintu.

Setelah masuk ke dalam rumah, polis menemukan wanita tersebut sedang tidur bersama seorang kanak-kanak.

Tidak dinyatakan sama ada kanak-kanak tersebut adalah anak lelaki itu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Barat, Asisten Komisioner Kanan Arfan Sipayung berkata, wanita tersebut berada di rumah lelaki yang baru dikenalinya menerusi aplikasi janji temu online.

“Kami menahan kedua-dua mereka untuk mengambil keterangan lanjut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN