fbpx
Tangkap layar seorang remaja berusia 15 tahun berjaya rangkul hadiah RM500,000 semalam.

[VIDEO] Usia 15 tahun sapu RM500,000, juara pancing keli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Baru berusia 15 tahun, namun sudah bergelar juara dengan membawa pulang wang tunai hampir RM500,000. Itulah rezeki luar biasa yang diraih seorang remaja selepas muncul juara pertandingan memancing Keli Kolam Den yang berlangsung semalam.

Kejayaan luar jangka itu segera mencuri perhatian ramai apabila pihak Kolam Den sendiri memuat naik ucapan tahniah di Facebook rasmi mereka.

“Tahniah diucapkan kepada adik muda juara RM500,000. Betul-betul rezeki durian runtuh.

“Terima kasih banyak kepada semua yang datang support. Meriah betul game hari ni. Apa pun jangan lupa ‘on next game’, lawan tempur habis-habisan,” menurut kenyataan itu.

Lebih mengejutkan, remaja terbabit yang masih bersekolah itu mengakui belum tahu apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan berkenaan.

“Saya tak pasti lagi nak buat apa dengan duit tu. Saya serahkan pada mak dan ayah,” katanya ringkas.

Kematangan luar usia turut ditunjukkan oleh keluarganya apabila bapa remaja itu mengakui mereka sekeluarga masih terkejut dengan rezeki besar yang diterima dalam sekelip mata.

“Terus terang, memang tak terlintas lagi nak buat apa dengan duit itu,” katanya.

Namun, beliau berharap wang kemenangan tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin demi masa depan anaknya.

“Harap dapat dimanfaatkan dengan cara yang baik,” katanya lagi.

Kisah remaja itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen menyifatkannya sebagai rezeki tidak diduga, selain mendoakan agar kemenangan besar itu menjadi permulaan kepada masa depan cerah buat juara muda berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

@denkolampancinghq♬ Yang Penting Hepi – Lbdjs official dj

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN