fbpx
Gambar hiasan

Selangor pantau empat wabak tibi, kes terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor memantau empat wabak tibi yang aktif di negeri ini menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, kesemua wabak itu berskala kecil dan terkawal dan setakat ini tiada kematian dilaporkan.

“Langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dan sedang dilakukan secara menyeluruh termasuk pengesanan kes secara aktif di lokaliti terlibat.

“Selain itu, pengasingan dan rawatan pesakit di fasiliti kesihatan dan pemantauan terhadap pematuhan rawatan dilaksanakan sehingga tamat tempoh rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas dan bersepadu itu berjaya mengawal penularan penyakit serta risiko penyebaran dapat diminimumkan.

Ujarnya, sebanyak 424 kes tibi didaftarkan di Selangor bagi tempoh Minggu Epidemiologi (ME) 1 hingga 4 tahun ini berbanding 443 kes bagi tempoh sama pada 2025 sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 19 kes.

“Insentif rawatan tibi sebanyak RM800 tahun ini diberikan sebagai usaha berterusan untuk memerangi penularan penyakit itu dalam kalangan rakyat Selangor terutama golongan B40.

“Pada tahun lalu, seramai 628 pesakit menerima manfaat melalui insentif tersebut seterusnya membantu meringankan beban kewangan mereka sepanjang tempoh rawatan,” katanya.

Pesakit yang ingin memohon boleh mendaftar di pautan https://bantuansihat.selangor.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN