PETALING JAYA – Kes penipuan pembelian dalam talian merekodkan sebanyak 1,381 kes dengan kerugian mencecah RM14.8 juta bagi tempoh Januari hingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, statistik itu membuktikan penipuan online semakin membimbangkan.
“Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 57 peratus berbanding tahun lalu. Orang ramai dinasihat agar sentiasa berwaspada sebelum membuat pembelian online,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusdi berkata, semakan boleh dibuat melalui portal Semak Mule PDRM menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my. – KOSMO! ONLINE














