fbpx
Tangkap layar pemandu Axia membaling kon ke arah sebuah kenderaan lain di Plaza Tol LDP, Sabtu lalu.

Pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis mengesan pemandu kereta jenis Perodua Axia dipercayai terlibat dalam insiden membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan dibuat oleh anggota polis pada pukul 1.37 awal pagi Isnin.

Katanya, video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang memandu Perodua Axia berwarna merah dipercayai memberhentikan keretanya secara tiba-tiba sebelum membaling kon ke arah kenderaan lain ketika trafik sesak di plaza tol berkenaan.

“Semakan awal mendapati hantaran itu mendapat perhatian ramai di media sosial. Setakat ini, pemilik kereta yang terlibat masih belum tampil membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, insiden itu tular selepas polis mengesan satu hantaran video di Facebook bertajuk ‘Pemandu Axia Naik Hantu Baling Kon di Plaza Tol Petaling Jaya LDP’ pada Sabtu lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Mohammad Faiz Naufal Zakaria di talian 019-485 8907 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN