fbpx
RAHMAD MARIMAN

Belasah pelajar potong barisan, 8 penuntut KV direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Lapan pelajar kolej vokasional di negeri ini direman berhubung kes menyerang seorang penuntut dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas mangsa memotong barisan pada waktu makan, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua pelajar itu digantung sementara berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan dijalankan oleh pihak polis dan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Tindakan penggantungan sementara ini boleh dikenakan sehingga tempoh maksimum dua minggu selagi siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak berpuas hati suspek terhadap mangsa yang dikatakan memotong barisan pada waktu makan.

“Setakat ini, tiada tindakan buang sekolah dikenakan ke atas pelajar terbabit. Namun, terdapat permohonan pertukaran institusi daripada sebahagian pelajar. Perkara ini tertakluk kepada kelulusan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV),” ujarnya.

Jelasnya, semua kes salah laku melibatkan kolej vokasional adalah di bawah bidang kuasa KPM, manakala Jabatan Pendidikan Negeri hanya berperanan membimbing dari segi prosedur.

Menurut sumber, seorang pelajar kolej dipercayai menjadi mangsa serangan sekumpulan pelajar di kawasan institusi. Laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa dan kes kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN