fbpx
TANGKAP layar video dirakam seorang pengguna jalan raya yang kenderaanya dilanggar sebuah kereta di Jalan Woh Ah Jang di Kuantan semalam.

[VIDEO] Lelaki ditahan selepas kereta dipandu langgar kenderaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Pengguna jalan raya di sekitar Jalan Wong Ah Jang di sini digemparkan dengan kejadian sebuah kereta memandu dalam keadaan bahaya apabila dikejar kereta peronda polis semalam.

Berdasarkan video berdurasi satu minit dua saat yang tular menyaksikan seorang pemandu merakamkan bunyi siren kereta polis daripada belakang sebelum sebuah kereta merempuh kenderaan mereka dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, susulan kejadian pihak polis telah menahan seorang lelaki berumur 27 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta menemukan satu peket plastik warna biru yang di dalamnya mengandungi 116 biji pil warna kemerahan bercetak ‘WY’ dan dua biji pil warna kehijauan bercetak ‘WY’ disyaki dadah jenis pil yaba.

“Turut ditemui satu tiub straw plastik warna hijau yang di dalamnya mengandungi 20 biji biji pil kemerahan bercetak ‘WY’ disyaki dadah jenis pil yaba dan satu peket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya ujian air kencing terhadap suspek adalah positif dadah jenis methamphetamine dan dadah dirampas bernilai kira-kira RM2,300.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Tambahnya, suspek turut disiasat di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN