fbpx
Tangkap layar rakaman kemalangan tersebut.

[VIDEO] ‘Adik saya patah tangan, pemandu kereta tidak tanya khabar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara perbuatan cuai penumpang membuka pintu kereta secara tiba-tiba, seorang pemuda terpaksa menanggung derita apabila tangannya patah selain sakit pada kepala dan badan.

Siti Nabilah berkata, kejadian berlaku sewaktu adiknya, Izzat Aiman dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada Jumaat lalu.

Ketika melalui bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, secara tiba-tiba pintu belakang sebuah kereta terbuka menyebabkan pemuda itu tidak sempat mengelak sebelum terjatuh.

“Adik saya kemudian ditimpa sebuah lagi motosikal yang (juga) tidak sempat mengelak. Sekarang dia sukar untuk bergerak disebabkan kepala dan belakang badannya sakit.

“Doktor bimbang kalau ada bahagian yang patah. Jadi buat masa sekarang dia masih lagi menunggu keputusan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Siti Nabilah berkata, pemilik kereta sudah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, namun setakat ini belum bertanya khabar mengenai adiknya yang cedera dalam kejadian tersebut.

“Tuan (pemilik) kereta memang sudah buat laporan, begitu juga pemilik sebuah lagi kereta iaitu Perodua Bezza. Setakat ini, pemilik kereta belum melawat atau bertanya khabar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN