fbpx
Gambar hiasan.

Pinjaman RM100,000 tak dapat, simpanan RM50,300 yang lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Hajat seorang operator pengeluaran sebuah kilang untuk membuat pinjaman bank RM100,000 bukan sahaja tidak kesampaian malah dia pula yang kerugian RM50,300 diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Wanita berusia 27 tahun tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, operator pengeluaran sebuah kilang wayar terbabit tertarik dengan skim pinjaman yang dilihatnya menerusi media sosial pada 12 Disember tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya menghubungi individu mengaku kononnya wakil sebuah institusi perbankan untuk memohon pinjaman RM100,000.

“Permohonan itu kononnya boleh diluluskan sekiranya dia membuat pembayaran,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, wanita itu yang percaya telah mengikut arahan membuat pembayaran keseluruhan RM50,300.

Beliau berkata, pembayaran menggunakan simpanan suaminya tersebut dilakukan menerusi 12 transaksi mengikut enam akaun bank berasingan antara 4 Januari hingga 20 Januari lalu.

“Begitupun mangsa tidak mendapat juga pinjaman di pohon menyebabkan dia akhirnya menyedari tertipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI