SAMBUTAN Tahun Baharu Cina bukan sekadar meraikan permulaan tahun baharu, malah menjadi pentas untuk mengekspresikan gaya dan identiti menerusi fesyen. Setiap tahun, busana digayakan bukan sahaja sarat dengan simbolik tuah dan kemakmuran, bahkan mencerminkan evolusi cita rasa moden yang semakin berani bereksperimen dengan potongan, tekstur serta palet warna. Selari dengan semangat itu, pereka tempatan terus tampil dengan rekaan yang segar dan relevan, sekali gus menjadikan fesyen sebagai medium untuk menyatukan tradisi serta pendekatan kontemporari dalam meraikan perayaan tersebut. Membuka bicara……














