fbpx
Keadaan sebuah kilang yang terbakar di Petaling Jaya hari ini.

4 balai bomba ‘turun’ padam kebakaran kilang di PJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah kilang alat ganti kereta terbakar dalam kejadian di Jalan 20/1 Sea Park, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima penggilan sekitar pukul 1.22 tengah hari tadi.

Menurutnya, seramai 34 anggota dan tiga jentera dari Bali Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, Jalan Penchala, Puchong dan Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokadi kejadian.

“Komander operasi Penguasa Bomba Kanan II Mohamad Afzan Majid lapor, kebakaran melibatkan kilang alat ganti kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada mangsa dikenal pasti terlibat dan pemadaman kebakaran masih lagi dijalankan.

Difahamkan asap kebakaran kilang tersebut boleh dilhat jelas dari kawasan sejauh lebih satu kilometer dari kawasan kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN