fbpx
KETIKA awal kemunculan, Juhi tidak yakin gandingannya dengan SRK akan pecah panggung.

Juhi Chawla ragui kemampuan Shah Rukh Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JUHI Chawla merupakan antara heroin Bollywood paling popular pada era 1990-an. Bahkan kebanyakan filem lakonannya meraih kutipan pecah panggung.

Ketika awal kemunculan, Juhi banyak bergandingan dengan Aamir Khan. Mereka dilabel pasangan serasi yang banyak mencipta kejayaan bersama.

Sewaktu ditawarkan membintangi filem Raju Ban Gaya Gentleman di samping Shah Rukh Khan (SRK) pada 1992, Juhi meragui kemampuan aktor itu sebagai hero memandangkan latar belakangnya sebagai pelakon televisyen.

“Ketika itu saya tidak mengenali siapa SRK. Saya tak menonton televisyen. Katanya, dia popular menerusi drama televisyen. Pengarah pula beritahu saya SRK memiliki pesona seperti Aamir Khan. Jadi saya percaya.

“Bila tiba di set saya lihat SRK jauh berbeza dengan Aamir. Di mata saya dia seorang lelaki kurus berkulit perang dan berambut panjang,” katanya.

Namun, kata Juhi, selepas bekerja dengan SRK, baru dia tahu aktor itu sangat komited dalam kerjanya dan berbakat besar.

Mereka akhirnya bersahabat baik sehingga hari ini dan pernah membuka syarikat produksi bersama.

Malah, Juhi merupakan satu-satunya heroin paling banyak bergandingan dengan SRK di layar lebar termasuk menerusi filem Darr, Yes Boss, Duplicate, Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan One 2 Ka 4. Keserasian mereka meraih pujian ramai pencinta filem Bollywood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN