fbpx
Mohamad menyantuni orang ramai pada Program Semarak Ramadan Madani 2026 Peringkat Kebangsaan @ Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang. FOTO/AFIQ RAZALI/KOSMO!

Bawa ‘ikan Sabah’ turun harga di semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – ‘Ikan rakyat’ Sabah seperti kembung, sembilang, selar dan pelata bakal dibawa masuk bagi memastikan rakyat di semenanjung dapat menikmatinya dengan harga lebih rendah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya meneliti langkah terbaik bagi membawa masuk ikan itu yang dijual lebih rendah antaranya di Sandakan dan Tawau.

Beliau menambah, perbincangan secara intensif turut dijalankan bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKM) bagi merealisasikan hasrat itu.

“Berdasarkan tinjauan tadi, saya melihat harga ikan seperti sembilang agak tinggi dan beberapa kali ganda jika dibandingkan dengan Sabah.

“Kita akan mencari jalan supaya ia lebih murah namun akan mengambil masa kerana perlu siapkan fasiliti termasuk berbincang dengan syarikat penerbangan bagi kerja (logistik),” katanya selepas melancarkan program Semarak Ramadan Pasar Tani Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas di sini, hari ini.

Program melibatkan 680 lokasi di pasar tani seluruh negara sehingga 18 Februari itu meliputi penyertaan 10,600 usahawan da dengan sasaran nilai jualan RM50 juta.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, ikan sembilang sebagai contoh agak kurang digemari di Sabah biarpun dijual pada harga rendah RM3 di Sabah dan dijual dengan harga sekitar RM12 (satu kilogram) di Semenanjung.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI