fbpx
Gambar hiasan

Remaja diberkas khalwat, rakam buat ‘projek’ dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Sudahlah berkhalwat, seorang remaja tidak rasa bersalah membuat rakaman tidak bermoral selepas perkara itu terbongkar ketika ditahan dalam satu operasi pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di daerah ini, Rabu lalu.

Menurut JAINJ, operasi antara pukul 10 malam hingga 3 pagi itu melibatkan pemeriksaan beberapa hotel dan penginapan sekitar Mersing berikutan daerah tersebut jarang menerima aduan kes maksiat berbanding daerah lain.

“Pada kira-kira pukul 2.30 pagi, penguat kuasa mengetuk pintu sebuah bilik hotel sebelum dibuka oleh seorang lelaki. Pemeriksaan lanjut mendapati seorang wanita turut berada di dalam bilik berkenaan dan tiada individu lain ditemui.

“Hasil siasatan awal mendapati pasangan tersebut bukan suami isteri. Lelaki berusia awal 20-an bekerja sambilan, manakala wanita berusia belasan tahun dan belum bekerja, kedua-duanya menetap di Mersing,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemeriksaan di dalam bilik menemukan sebuah telefon bimbit yang diletakkan menghala ke katil, dipercayai digunakan untuk merakam aksi tidak bermoral.

“Semakan lanjut mendapati terdapat beberapa rakaman lama melibatkan pasangan tersebut yang dipercayai dibuat di hotel sama pada tarikh berasingan.

“Pasangan berkenaan dipercayai telah lama mengenali antara satu sama lain sejak zaman persekolahan dan mengaku sering bertemu secara berdua-duaan di hotel,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN