fbpx
Keadaan rumah mangsa (paling kiri) yang terbakar di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Litar pintas punca kebakaran korbankan budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Litar pintas dipercayai punca kebakaran tiga rumah yang mengorbankan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 2.50 pagi dan pemeriksaan mendapati kejadian berpunca dari salah sebuah rumah yang mengalami litar pintas.

“Pemeriksaan pasukan forensik menemukan mayat kanak-kanak dalam keadaan rentung dipercayai anak penyewa rumah. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan api dapat dikawal kira-kira pukul 5 pagi,” katanya.

Tambahnya, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kanak lelaki itu terperangkap dan ditemukan rentung dalam bilik utama rumah berkenaan, kira-kira pukul 4.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI