fbpx
Pelancong itu berbaring dalam keadaan meniarap di atas bumbung kereta di Phuket semalam. - Facebook

Bosan jalan jem, pelancong meniarap atas SUV 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelancong mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam meniarap di atas bumbung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Pa Tong, Phuket semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki itu berbaring dalam keadaan meniarap di atas bumbung kereta yang sedang bergerak perlahan di sebatang jalan sibuk. 

Meskipun dikelilingi pengguna jalan raya dan pejalan kaki, dia tetap santai menggunakan telefon bimbitnya. 

Tidak lama kemudian, dia memasuki semula ke dalam kereta tanpa masalah, lapor stesen penyiaran Amarin TV. 

Kereta itu turut membawa beberapa penumpang dipercayai rakannya semasa kejadian. 

Rakaman itu menjadi tular dan sebilangan pengguna media sosial mengecam perbuatan tersebut kerana dianggap berbahaya dan mampu merosakkan imej Phuket sebagai tempat pelancongan. 

“Kalau dia jatuh, tiada siapa yang akan kasihan, padan muka,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN