fbpx
Tangkap layar video tular di media sosial berhubung kesesakan lebih 2 km akibat kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi ini.

Trafik arah utara, selatan sesak kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik sesak lebih dua kilometer (km) di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Rawang (selatan) ke Rawang susulan kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 443.7 pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kemalangan tersebut mengakibatkan lorong satu dan dua serta lorong kecemasan terhalang, sekali gus trafik perlahan 1km.

Selain itu, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Bukit Beruntung ke Sungai Buaya turut berlaku kemalangan di KM 433.0 yang menyebabkan lorong kanan kedua-dua arah masih terhalang.

Kosmo! Online pagi ini melaporkan, seorang pemandu lori disahkan maut manakala 30 individu lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan dua buah lori di Kilometer 433 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.12 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan BBP Rawang digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres jenis Scania, sebuah lori 10 tan serta sebuah treler.

Dalam masa sama, LLM turut memaklumkan Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Terowong Menora ke Sungai Perak sedang dilakukan kerja penyelenggaraan turapan jalan.

Kerja turapan jalan itu di KM259.0 hingga KM257.1 sekali gus menyebabkan lorong kanan ditutup sementara sehingga pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN