PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan rakan serumah yang didakwa mengabaikan kebersihan sehingga periuk nasi dipenuhi ulat sampah.
Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan kecewa apabila terpaksa membersihkan rumah sewa disebabkan sikap pengotor rakan serumahnya.
“Aku dengan kawan aku dah penat duduk dengan orang pengotor. Dulu aku boleh layan lagi pengotor sikit-sikit. Sekarang macam aku dengan kawan jadi kuli.
“Sikit lagi kami jadi tukang cuci berjaya. Dia tak pandai masak, kami yang masak. Tak cuci baju, kami tolong cuci baju,” katanya.
Menurutnya, rakan serumah itu dipercayai sering membiarkan perkakasan dapur yang telah digunakan tanpa membersihkannya.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa jijik selain menyarankan wanita berkenaan untuk mencari tempat tinggal lain.
“Hati-hati dengan perangai yang di luar rumah, bersiap cantik tapi di rumah pengotor,” komen @Farahzfira.
“Ambil periuk nasi itu dan baling pada muka dia. Gaduh habis-habisan sampai dia keluar dari rumah itu,” komen @Rieza_ariffin.
“Nak jadi ulat banyak macam ini, sekurang-kurangnya ambil masa seminggu. Maksudnya, dalam masa seminggu itu mmg dia tak mahu bersihkan langsung,” komen @Azlina_rdzi. – KOSMO! ONLINE














