fbpx
Erma Fatima menegaskan tidak mengetahui dakwaan perselisihan faham membabitkan dua bintang muda itu tercetus di set penggambaran drama arahannya suatu ketika dahulu.

‘Drama saya bukan penyebab’ – Erma tak ambil ‘port’ isu Aqish, Mia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pernah bekerja dengan pelakon Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, penerbit sensasi Erma Fatima menegaskan tidak mengetahui dakwaan perselisihan faham membabitkan dua bintang muda itu tercetus di set penggambaran drama arahannya.

Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata, tumpuan sepanjang berada lokasi ketika itu adalah terhadap mutu lakonan semua pelakon, bukannya perkara di belakang kamera.

“Rasanya tiada apa-apa yang berlaku di set ketika itu. Saya memang tak tahu dari mana perkara itu tercetus, jadi bagi saya drama Akulah Balqis bukan pencetus (pergolakan).

“Saya pula jenis apabila buat kerja mengarah, saya cuma duduk depan monitor serta fokus terhadap tugas sepanjang penggambaran berlangsung.

“Mereka pun masuk set macam biasa dan ‘beri’ watak sepatutnya. Cerita di belakang tabir, itu saya tak tahu,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama bersiri terbaru Viu , Walid di Saloma, semalam.

Bahkan, pemilik rumah produksi Rumah Karya Cipta dia juga mengakui kemelut dalam media sosial antara Puteri Balqis dan Mia Sara yang menjadi tajuk berita serta diperkatakan netizen.

“Sebenarnya saya sudah lama tiada di Kuala Lumpur dan baru balik malam tadi. Memang saya tak tahu tentang isu membabitkan mereka.

“Bukan tak ikuti perkembangan semasa, tapi saya dan pasukan sibuk dengan pembikinan drama bersiri ini (Walid) yang bakal disiarkan bulan Ramadan,” ujarnya.

Berkenaan luahan atau ketidakpuasan hati artis muda terhadap sesuatu isu di media sosial, Erma menyifatkan tindakan tersebut sebagai lumrah dengan perkembangan teknologi, selain bukan hanya dilakukan golongan muda.

“Saya tak rasa muda saja buat begini, orang tua pun lakukan hal (luahan)  sama kerana media sosial sudah jadi macam diari kepada semua orang.

“Siapa nak menulis, apa yang ditulis itu adalah hak masing-masing. Sama ada mereka rasa perkara itu perlu dikongsi atau tidak, itu keputusan pihak berkenaan,” katanya.

Terdahulu, netizen dikejutkan dakwaan Puteri Balqis yang menyatakan Mia Sara pernah memburuk-burukkan ibunya selain mendakwa pelakon terbabit menangis ketika ditemu bual sebagai cubaan meraih simpati.

Sementara itu, mengenai Walid juga sambungan kepada siri popular Bidaah lakonan Faizal Hussein, Vanidah Imran dan Aqasha, Erma berkata kisah penunggang agama itu bakal disiarkan di platform Viu bermula 26 Februari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN