fbpx
Keratan Kosmo! Online semalam mengenai dakwaan mlibatkan restoran terbabit.

Restoran cuci saki baki makanan untuk dijual semula diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebuah restoran di sini diarahkan tutup selama 14 hari bermula 3 hingga 17 Februari selepas didapati mencuci dan menggunakan semula saki baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu daripada lebihan masakan yang tidak habis dijual untuk dimasak semula keesokan hari.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan susulan aduan yang tular di media sosial dan siasatan segera dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS).

Menurutnya, tindakan penutupan premis diambil di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, selain pengeluaran notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Penutupan premis ini bertujuan membolehkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh, pembetulan ketidakpatuhan serta pemantauan semula dilaksanakan sebelum premis dibenarkan beroperasi,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau menegaskan, JKNNS memandang serius sebarang pelanggaran kebersihan dan keselamatan makanan kerana ia boleh mengancam kesihatan pengguna serta menyebabkan kejadian keracunan makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI