fbpx
Hui Ying hadir pada Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Auditorium MBSP, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Buruh wanita peringkat nasional capai 56.9 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merancakkan pembabitan wanita dalam tenaga kerja negara bagi mencapai sasaran nasional 60 peratus menjelang 2033.

Timbalan Menteri Lim Hui Ying berkata, setakat ini, kadar penyertaan tenaga buruh wanita di peringkat nasional telah mencapai 56.9 peratus.

“Peratusan tersebut (56.9 peratus) itu merupakan yang berdaftar dengan sektor formal, manakala masih terdapat ramai wanita bekerja dalam sektor informal serta golongan suri rumah sepenuh masa tidak termasuk dalam statistik tersebut.

“Oleh itu, kita perlu lebih gigih melaksanakan pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling dan upskilling) khususnya bagi menggalakkan golongan suri rumah kembali ke pasaran pekerjaan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Auditorium Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI