fbpx
Penumpang tersebut membuat kecoh di dalam pesawat sebelum melompat keluar sejurus pesawat mendarat. - Viral Press

Penumpang tanggal baju, lompat dari pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki dipercayai warga Russia mencetuskan huru-hara di dalam pesawat sebelum terjun keluar dari pintu kecemasan dengan hanya memakai seluar dalam, sejurus kapal terbang mendarat di lapangan terbang Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang selepas sebuah pesawat AirAsia tiba dari Vietnam.

Seorang wanita Thailand yang menaiki penerbangan sama berkongsikan rakaman kejadian itu di akaun TikToknya.

Wanita itu menjelaskan bahawa lelaki tersebut dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Dia mula mencetuskan gangguan sekitar 15 minit sebelum pesawat mendarat di Bangkok. 

Semasa kejadian, lelaki menggunakan bahasa Russia itu menanggalkan pakaiannya dan hanya meninggalkan seluar dalam serta berlari di dalam kabin.

Kru kabin cuba menenangkan lelaki tersebut dan menahannya tetapi tidak dapat mengawal sepenuhnya keadaan semasa pesawat masih berada di udara.

Selepas pesawat mendarat dan diparkir di lapangan terbang, lelaki itu melompat ke darat selepas pintu  dibuka, menyebabkan kakinya cedera.

Anggota-anggota keselamatan lapangan terbang kemudian berjaya menangkapnya, namun tiada maklumat lanjut setakat ini mengenai tindakan diambil ke atas lelaki itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI