fbpx

Kayda bergelar isteri, Sheila Majid terima menantu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Kayda Aziz selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Syafiq, semalam.

Majlis pernikahan Kayda atau nama lengkapnya, Wan Nur Khaleda Roslan, 34, dan pasangannya itu berlangsung di ibu negara.

Ibunya juga Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid turut berkongsi momen istimewa pada hari bahagia puteri sulungnya itu menerusi Instagram.

Selepas pernikahan, pengantin yang tampil sedondon dengan persalinan serba putih diraikan sanak saudara serta jemputan.

Dimeriahkan ahli keluarga serta teman terdekat, Sheila bersama suaminya, Datuk Acis turut mengundang selebriti dari Indonesia termasuk penyanyi, Afgan serta komposer, Tohpati.

Sehari sebelumnya, penyanyi lagu Sinaran terbabit turut muat naik acara khatam al-Quran Kayda yang disertai kumpulan marhaban wanita.

Terdahulu, Kayda mengikat pertunangan dengan Syafiq pada Jun tahun lalu yang turut dikongsikan Sheila dalam media sosial.

Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami juga komposer, Roslan Aziz.

Pada Disember tahun lalu anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan mendirikan rumah tangga dengan Qahirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI