fbpx
Dr. Fie ditemui selepas prosiding sebutan semula kes tuntutan harta sepencarian bersama Nubhan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, hari ini.

[VIDEO] Dr. Fie sudah lama move on

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie berharap bekas suaminya penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad berpegang dengan ‘ayat’ boleh berkawan dengannya demi anak-anak.

Dr. Fie, 36, berkata, dia sudah lama ‘move on’ dan keutamaanya kini adalah untuk memastikan anak-anaknya hidup dalam keadaan baik.

“Saya harap kes ini dipermudahkan dan dapat selesai dengan cepat. Saya juga tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak serta berharap semuanya berjalan lancar.
“Harapnya dia (Nubhan) boleh datang pada waktu-waktu penting dan memberi kerjasama kerana seperti yang dia cakap sebelum ini, dia boleh berkawan dengan saya demi anak-anak. Saya harap dia berpegang pada ayat itulah,” katanya.

Dr. Fie ditemui selepas prosiding sebutan semula kes tuntutan harta sepencarian bersama Nubhan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN