PETALING JAYA – ‘Pakar estetik segera’ dilihat semakin berani mempromosikan suntikan pada payudara dan punggung di platform media sosial termasuk TikTok sekali gus mendedahkan pengguna kepada risiko termasuk kematian. Mereka menjalankan aktiviti haram itu di premis termasuk apartmen yang dijadikan sebagai studio kecantikan. Pakar Estetik Kecantikan dan Anti-Penuaan, Dr. Aidil Azry Mokhtar berkata, kebanyakan promosi breast filler yang ditawarkan di TikTok bukan daripada klinik berdaftar, sebaliknya dilakukan oleh pendandan atau terapi kecantikan. “Kebanyakan doktor berdaftar sedia maklum prosedur tersebut adalah……














