fbpx
BARISAN pemain negara meraikan kejayaan memenangi Kejohanan Ragbi SEA 7s di Singapura kelmarin. - MALAYSIA RUGBY

Bunga Raya bangkit juara SEA 7s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEKECEWAAN pada kempen Sukan SEA Thailand lalu nyata mematahkan semangat skuad ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara apabila bangkit untuk muncul juara Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) di Singapura, kelmarin.

Meskipun hanya menjalani tempoh persiapan yang singkat, Bunga Raya 7s membuktikan keampuhan sebenar apabila menewaskan juara bertahan Sukan SEA 2025, Thailand 10-5 pada aksi final di Stadium Kallang.

Ketua jurulatih negara, Nik Safuan Ismade Nik Man menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil komitmen tinggi para pemain yang tidak pernah berkompromi sepanjang latihan dan kejohanan.

“Alhamdulillah, kita berjaya menjuarai kejohanan kali ini dan kredit harus diberikan kepada semua pemain yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan, walaupun tempoh persiapan yang dijalankan tidak begitu panjang,” katanya.

Menurut Nik Safuan, disiplin dan kesungguhan ditampilkan anak buahnya membolehkan pasukan memperagakan potensi sebenar sepanjang saingan SEA 7s.

“Komitmen yang ditunjukkan amat memberangsangkan dan mereka berjaya mempamerkan potensi sebenar pasukan Bunga Raya Tujuh sepanjang kejohanan ini,” kata Safuan.

Dalam kempen tersebut, Malaysia tampil dominan di peringkat kumpulan apabila mencatat kemenangan besar ke atas Kemboja 66-0, Brunei 57-7 dan pemenang pingat perak Sukan SEA, Singapura 38-0.

Kejayaan itu hadir sebagai penebusan maruah selepas skuad negara menamatkan kempen Sukan SEA Thailand di tempat keempat, tewas kepada Thailand, Singapura dan Filipina.

Lebih perit, kegagalan itu menyaksikan Malaysia terlepas podium Sukan SEA buat kali pertama sejak acara ragbi 7s diperkenalkan pada edisi 2015.

Sementara itu, skuad ragbi wanita negara turut mencatat pencapaian positif pada kejohanan sama apabila muncul naib juara selepas tewas 41-0 kepada Thailand pada perlawanan akhir yang mengulangi aksi final Sukan SEA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI