fbpx
Polis menjalankan pemeriksaan dalam Operasi Samseng Jalanan di dua lokasi sekitar daerah ini, awal pagi tadi. Foto/Ihsan PDRM

Mat rempit ekzos bising masuk pukat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Aksi samseng jalanan yang menunggang secara melulu serta mencetuskan bunyi bising akibat ekzos diubah suai membawa padah apabila polis melancarkan Operasi Samseng Jalanan di dua lokasi sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Dalam operasi dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi itu, polis telah mengeluarkan 54 saman atas pelbagai kesalahan trafik, menyita tiga motosikal dan menahan seorang lelaki kerana menunggang secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, operasi dijalankan di Jalan Persiaran S2 (Centrio/Ikon) dan Jalan Persiaran Senawang 1 susulan aduan awam serta risikan berkaitan gangguan bunyi dan keselamatan jalan raya.

Menurutnya, seramai 53 individu, melibatkan 25 motosikal dan 21 kereta, telah diperiksa.

“Kesalahan tertinggi dikesan ialah ubah suai ekzos dengan 12 saman, diikuti tiada lesen memandu (8), tiada nombor pendaftaran (6), serta tiada perlindungan insurans dan aksesori kenderaan tidak dibenarkan masing-masing lima saman.

“Selain itu, empat saman dikeluarkan atas kesalahan tiada cermin sisi dan tidak mempamerkan pelekat P atau L, manakala selebihnya melibatkan kesalahan lain termasuk Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (dua kes),” katanya ketika dihubungi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN