PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki mencium sebuah bas ketika melintas jalan mengundang perhatian ramai di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, lelaki tersebut dipercayai melintas jalan tanpa melihat keadaan lalu lintas sekali gus memaksa bas berkenaan berhenti secara mengejut.
Video berdurasi 11 saat itu turut memaparkan lelaki berkenaan menunjukkan tangan tanda bagus kepada pemandu bas yang berhenti untuknya.
Sementara itu, seorang pengguna berseloroh dengan gelagat lelaki yang dikatakan terlalu sunyi berseorangan sehingga melakukan tindakan di luar jangkaan.
“Orang lain pun sunyi juga tapi tak ada teruk sampai cium bas,” komen @Aididhiroshina.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat lelaki tersebut.
“Bila kau dah putus asa dengan manusia, kau mula cium pengangkutan awam,” komen @W3ndyc.
“Dia hargai pemandu bas itu sebab sanggup berhenti tiba-tiba dan sayangkan nyawa dia,” komen @Chofat8. –KOSMO! ONLINE














