BAYAR harga ikan sahaja, selebihnya termasuk nasi putih, ulam-ulaman, budu, sambal belacan dan minuman sirap disediakan secara percuma. Itu tawaran istimewa khusus untuk pengunjung yang menjamu selera di Medan Ikan Bakar Ibunda Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan sejak setahun lalu. Menariknya, pelanggan bebas memilih jenis ikan segar yang mahu dibakar, ditimbang dan dimasak mengikut cita rasa masing-masing, dengan harganya dimaklumkan terlebih dahulu sebelum juadah disediakan. Pengusahanya, Muhammad Razif Mirza Mansor, 22, berkata, pelanggan hanya perlu membayar harga ikan, manakala……














