fbpx
NEELOFA sangat teliti soalan makanan dan kebersihan di dapurt yang baginya memberi impak besar terhadap anak-anak dan keluarga.

‘Apa masuk dapur, itulah masuk ke badan orang kita sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Percaya dapur bukan semata-mata ruang memasak tetapi tempat menyalurkan kasih sayang melalui setiap sajian, pengacara juga usahawan Neelofa mengakui dirinya seorang individu teliti terutama ketika menyediakan hidangan buat keluarga tercinta.

Bagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 37, setiap bahan mentah yang dipilih membawa tanggungjawab besar terhadap kesihatan orang tersayang.

“Selalunya bila masak untuk keluarga, saya memang agak teliti dan memilih dengan barang digunakan.

“Apa masuk dapur, itulah juga masuk ke badan orang kita sayang.

“Bila masak dengan tenang, hati pun jadi lebih yakin,” katanya dalam Instagram.

Perkongsian ringkas itu mengundang perhatian ramai, malah rata-rata netizen memuji sikap prihatin bekas pengacara MeleTOP itu sebagai seorang isteri dan ibu.

“Tak hairan anak-anak sihat, ibu pun jaga dari dapur,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Benda nampak kecil, tapi inilah bentuk kasih sayang sebenar dalam keluarga,” komen seorang lagi netizen.

“Tenang tengok Neelofa masak, aura ibu rumah tangga itu sampai,” ujar seorang peminat.

Bagi segelintir pemerhati, pendekatan Neelofa itu mencerminkan gaya hidup berdisiplin dan seimbang, selari dengan peranan sebagai wanita bekerjaya, isteri serta ibu kepada dua cahaya mata.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 5, dan Abdullah Abbas, 3. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN