fbpx
LOKASI kejadian seorang wanita ditemui dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah di Taman Damai II, Batu Pahat, pagi semalam.

Suspek disyaki tekup muka kekasih hingga mati direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Suspek yang disyaki menekup muka teman wanitanya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Damai, di sini ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 44 tahun itu direman bermula semalam sehingga 5 Februari depan.

“Pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin, polis menerima maklumat daripada keluarga mangsa berkaitan kegagalan menghubungi wanita berusia 41 tahun itu sejak tiga hari lalu.

“Atas bantuan keluarga wanita dan pemilik rumah sewa mangsa, pihaknya bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat telah memecahkan pintu rumah kerana didapati berkunci dari bahagian dalam.

“Sebaik berjaya dibuka, mereka menemui mangsa yang telah tidak bernyawa dan dipercayai meninggal dunia. Suspek pula terbaring bersebelahan mangsa di atas katil dalam sebuah bilik dalam keadaan kritikal kerana kecederaan di leher dan pengelangan tangan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Shahrulanuar berkata, siasatan awal dipercayai suspek yang juga warga tempatan merupakan teman lelaki kepada wanita itu telah melakukan perbuatan jenayah sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.

Menurutnya, suspek kemudiannya dipercayai turut mencederakan dirinya sendiri dan tidak menolak kemungkinan berniat untuk membunuh diri dan motif kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN