fbpx
MOHAMED KHALED pada sidang akhbar sempena majlis Program Kampung Angkat Madani Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Mindef perkukuh penggunaan AI banteras ketirisan, rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan akan memperkukuhkan lagi usaha membanteras ketirisan, rasuah serta tadbir urus dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan perolehan projek dibawah Kementerian Pertahanan (Mindef).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui pendigitalan, semua proses perolehan boleh dipantau secara telus di setiap peringkat.

Katanya, melaluinya dapat dikesan jika berlakunya perolehan berulang diberikan kepada syarikat yang sama atau syarikat yang mempunyai pemilikan berkait.

Menurutnya, penggunaan AI juga membolehkan analisis dibuat secara lebih mendalam, termasuk menilai sama ada harga sesuatu perolehan munasabah, spesifikasi sesuai dengan keperluan operasi serta membuat perbandingan dengan kaedah perolehan yang dilaksanakan oleh negara lain.

“Pendekatan itu akan diperkukuh dengan pematuhan kepada prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) serta penubuhan unit khas bagi mengendalikan aduan berkaitan integriti dan tadbir urus.

“Jadi itu pendekanan yang kita berikan, kita akan berusaha sepanjang masa kerana kita percaya bahawa tak cukup dengan langkah-langkah itu perlu sentiasa lakukan tambah baik,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Madani-Mindef di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas lanjut pelantikan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT), beliau berkata, ia akan membantu memperkukuh integriti serta membaiki imej ATM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI