fbpx
GAMBAR fail sejumlah rumah di timur London. - Foto AFP

Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON –  Rakyat Singapura dan Malaysia merupakan antara 10 kumpulan terbesar pemilik hartanah antarabangsa di England dan Wales, lapor portal berita VnExpress semalam.

Rakyat Singapura berada di kedudukan kedua, merangkumi 16,096 unit kediaman atau 7.9 peratus daripada keseluruhan 202,568 hartanah milik asing di United Kingdom (UK). 

Perkara itu dilaporkan portal hartanah EdgeProp Singapore, berdasarkan analisis pasaran terkini oleh Enness Global iaitu firma broker gadai janji yang memberi perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Warga Singapura juga merupakan kumpulan kedua terbesar pemilik hartanah luar negara di London, bandar yang mempunyai jumlah hartanah milik asing tertinggi, iaitu 68,729 unit atau 33.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Rakyat Malaysia pula berada di kedudukan keenam di England dan Wales dengan 9,936 kediaman, bersamaan 4.9 peratus daripada jumlah keseluruhan. 

Mereka menduduki tempat teratas di wilayah East Midlands dan England timur.

Singapura dan Malaysia merupakan satu-satunya dua negara Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Pembeli dari Hong Kong merupakan kumpulan terbesar pemilik hartanah luar negara di England dan Wales, membentuk 13.8 peratus daripada hartanah milik asing. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN