fbpx
HAMIZA (baju coklat) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas enam pertuduhan menerima suapan dan menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan pelbagai kontrak bagi syarikat menantunya. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Penolong Pegawai Tadbir MPPD salah guna kuasa beri kontrak pada syarikat menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang Penolong Pegawai Tadbir Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima suapan dan menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan pelbagai kontrak bagi syarikat menantunya.

Tertuduh, Hamiza Hasnin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N.Kanageswari.

Mengikut lima pertuduhan, tertuduh sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubumgan Awam (UKPA) MPPD telah menggunakan kedudukannya untuk suapan kontrak perkhidmatan antaranya kerja pembekalan makan dan minum, pembekalan baju untuk program serta pembekalan bahan promosi yang melibatkan jumlah keseluruhan RM39,170 untuk syarikat milik menantunya.

Tertuduh telah mencadangkan sebut harga syarikat terbabit sebagai pembekal bagi perkhidmatan tersebut kepada Bahagian Perolehan, Pengurısan Aset dan Stor MPPD.

Selain itu, tertuduh turut didakwa atas satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM8,141 untuk dirinya sendiri dengan mencadangkan sebut harga syarikat menantunya sebagai pembekal bagi kerja pembekalan dan menghantar keperluan bahan promosi Program Surfcasting MPPD 2023 di Pantai Saujana dan Pantai Bagan Pinang berjumlah RM8,570.

Kesalahan itu dilakukan antara 23 Jun 2022 hingga Mac 2024 di Pejabat MPPD.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia(SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan sorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Mac depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI