PETALING JAYA – Tindakan penghuni di sebuah pangsapuri memberi makanan kepada burung liar di atas bumbung kediaman orang lain mendapat kecaman orang ramai.
Melalui sebuah video yang dikongsi pengguna laman X, Nazirullahjufri, sekawan burung merpati dilihat memakan dedak yang ditabur oleh penghuni di tingkat atas pangsapuri berkenaan.
“Dia boleh bagi makan burung atas rumah orang.
“Kesian jiran. Duduk berjiran buat cara berjiran. Tak ramai yang ada ‘common sense’,” tulisnya pada hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu terbabit yang dikatakan tidak bertanggungjawab.
“Aku dah pernah hadap benda ini bertahun, Alhamduillah Allah rezekikan aku dengan rumah baru. Yang pernah kena saja akan faham azab dia. Bau najis, debu najis bila kering, kesan pulak dengan kesihatan kita,” kata Hazeman.
“Boleh report PBT ke KKM ke. Pasal tahi burung merpati ni bahayakan kesihatan,” kata Ridzuan.
“Harapnya najis burung tak bersepah-sepahlah dekat bumbung tu. Macam kejiranan saya kucing berak merata-rata dekat bumbung orang, kucing pula dibela orang lain yang suka lepaskan kucing,” kata Najib.
Sehingga kini, video tersebut telaih meraih lebih 100,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE














