fbpx
Norliza (kanan) bergambar bersama hadiah utama Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026.

Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 tawar hadiah bernilai RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1.4 juta sempena Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, kempen bermula 1 Januari itu menawarkan hadiah buat 954 orang pemenang melalui tiga jenis cabutan istimewa iaitu Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 (kategori tahunan), Cabutan WOW! Plus Siri dan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay!.

“Buat julung kalinya, PTPTN turut memperkenalkan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! bagi menarik minat penyertaan generasi muda.

“Cabutan ini terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang berumur antara 16 hingga 29 tahun yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen,” katanya.

Beliau berkata, pendeposit juga hendaklah membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN dalam tempoh kempen untuk menyertai cabutan tersebut.

“Sambil menabung, rebutlah peluang menyertai Cabutan Simpan SSPN 2026 yang berlangsung di sepanjang tahun.

“Besar harapan saya, kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sokongan bersama, bukan sahaja dapat memperkukuh Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan pendidikan utama negara, malah dapat membentuk generasi yang lebih bersedia, berdaya tahan, dan berilmu selari aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Mengulas lanjut, Norliza berkata, Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 (tahunan) menawarkan hadiah utama sebuah kereta Honda CR-V 1.5L E, tempat kedua, kereta Perodua Ativa 1.0L Turbo AV untuk dua pemenang, tempat ketiga, wang tunai RM30,000 untuk tiga orang pemenang dan hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 untuk 250 pemenang.

“Bagi hadiah utama Kategori Cabutan WOW! Plus Siri ialah wang tunai bernilai RM20,000 untuk seorang pemenang, tempat kedua wang tunai RM15,000 untuk dua orang pemenang, tempat ketiga, wang tunai bernilai RM10,000 menanti tiga orang pemenang dan hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 untuk 50 pemenang bagi setiap siri.

“Hadiah utama bagi Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! pula ialah Motosikal Yamaha NVX 155 untuk seorang pemenang, tempat kedua Telefon Pintar (iPhone 17 Pro) untuk empat orang pemenang, tempat ketiga ialah DJI Osmo Pocket 3 Creator Combo untuk 10 orang pemenang dan hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 untuk 250 pemenang bagi setiap siri,” katanya.

Selain itu, Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 dan Cabutan WOW! Plus Siri merupakan inisiatif
istimewa untuk pendeposit Simpan SSPN Plus.

“Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 diadakan
bagi menghargai pendeposit setia sedia ada yang telah membuka akaun sehingga 31 Disember 2025 dan membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

“Manakala Cabutan WOW! Plus Siri terbuka kepada pendeposit baharu dan sedia ada yang membuka
akaun atau membuat penambahan simpanan sepanjang tempoh kempen.

“Untuk menyertai kempen ini pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

“Setiap simpanan bersih RM50 merangkumi simpanan dan takaful layak mendapat lima cabutan secara automatik,” katanya.

Bagi pendeposit yang membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN, potongan gaji atau debit terus akan menikmati bilangan cabutan berganda iaitu 10 cabutan sekali gus memberi lebih banyak
peluang untuk menang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI