fbpx
BMW yang dipandu seorang lelaki warga Bangladesh sebelum disita JPJ Melaka susulan LKM telah tamat tempoh dan tiada insurans.

BMW dipandu ‘tauke’ Bangladesh disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah BMW dipandu lelaki warga Bangladesh disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) kenderaan itu dikesan telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, kereta dipandu lelaki berusia 40-an itu antara empat kenderaan mewah disita dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (Pewa).

“Pada 20 Januari lalu kita telah menyita sebuah kereta BMW dipandu lelaki Bangladesh di Jasin selepas mendapati kenderaan itu tidak mempunyai LKM dan insurans.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki itu yang merupakan ahli perniagaan bagaimanapun mempunyai lesen memandu dan kenderaan itu juga didaftarkan atas namanya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiga lagi kenderaan mewah disita selepas mendapati pemandu warga asing terlibat tidak mempunyai lesen.

“Sitaan itu juga sebahagian kejayaan Op Luxury yang mana secara keseluruhan sebanyak 85 kenderaan mewah disita.

“Dua daripada kenderaan yang disita iaitu Toyota Vellfire dan Alphard juga dikesan LKM telah tamat tempoh masing-masing sejak 25 Jun 2021 dan 11 November 2021,” katanya.

Ujarnya, tindakan sitaan diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI