fbpx
MOURINHO terdesak untuk memastikan Benfica mampu mengejutkan Real bagi membuka peluang untuk mereka ke pusingan playoff. - AFP

UCL: Mourinho anggap Arbeloa masih ‘mentah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Jurulatih Benfica, Jose Mourinho melancarkan perang psikologi ke atas Real Madrid menjelang aksi kedua-dua pasukan pada aksi terakhir fasa liga saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Benfica ketika ini memerlukan kemenangan apabila berada di kedudukan ke-29 untuk cuba layak ke fasa playoff berbanding Real yang menghuni kedudukan ketiga selepas meraih 15 mata hasil lima kemenangan dan dua kekalahan pada tujuh aksi sebelum ini.

Mourinho mendakwa pihak pengurusan Real telah membuat kesilapan besar apabila memilih Alvaro Arbeloa yang dianggap tidak memiliki pengalaman dalam saingan utama yang kompetitif mengemudi kelab sebesar itu selepas pemecatan Xabi Alonso.

“Ada orang yang tidak mengharungi apa-apa dalam karier kejurulatihan, tetapi diberi peluang menguruskan sebuah kelab yang besar.

“Ia mengejutkan saya apabila seorang jurulatih tidak berpengalaman diberikan kepercayaan seperti itu. Saya masih beranggapan bahawa jurulatih yang bagus adalah mereka yang mampu menang sentiasa.

“Tetapi, itu bukan lagi kriteria ketika ini. Mereka yang bagus adalah mereka yang mampu menampilkan keyakinan biarpun tanpa pengalaman. Ada jurulatih yang mahu mencuba dan gagal, mereka tidak menganggap itu baik sebaliknya itu dianggap bodoh,” kata Mourinho.

Bagaimanapun, Arbeloa ketika diminta mengulas pandangan tersebut mengakui tidak mahu melakukannya dan masih menghormati Mourinho sebagai salah seorang jurulatih idolanya.

“Anda tahu betapa bermaknanya Mourinho dalam hidup saya. Saya mendengar dan menganalisis, jika saya cuba untuk menjadi seperti Jose Mourinho, sudah pasti saya tidak mampu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN