fbpx
Gervane Kastaneer sudah menyertai skuad utama TFC pada sesi latihan, semalam.

Penggempur negara yang layak ke Piala Dunia tekad pacu TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JENTERA serangan Terengganu FC (TFC) bakal diperkuat dengan Gervane Kastaneer yang merupakan penyerang kebangsaan Curacao yang layak buat pertama kalinya ke Piala Dunia 2026,

Kastaneer, 29, merupakan antara pemain tonggak negara yang terletak di Kepulauan Caribbean tersebut sewaktu kempen kelayakan.

Jurucakap TFC berkata, kehadiran pemain kelahiran Rotterdam, Belanda tersebut bakal mengukuhkan lagi skuad Sang Penyu untuk terus bersaing dalam baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“Pemain tersebut ditandatangani sehingga Disember tahun ini bagi memperkasakan lagi barisan serangan TFC.

“Kita percaya pengalaman antarabangsa Kastaneer, 29, dapat memberi nilai tambah terhadap pasukan,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Jurucakap TFC yakin Kastaneer yang pernah beraksi dengan skuad bawah 21 tahun Belanda sebelum memilih mewakili Curacao tersebut mampu memberi impak positif kepada pasukan berdasarkan pengalaman luasnya bersama beberapa kelab termasuk Persib Bandung dan Persis Solo di Liga Indonesia. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN